Posts

FDC : Pesawat 747-400 MAS

Image
Antara item yang paling saya suka adalah berkaitan jentera boleh terbang ➹ antaranya adalah kapal terbang. Malaysia Airlines System yang menjadi kebanggaan negara telah mengeluarkan satu FDC pelancaran Pesawat 747-400 FDC ini dikeluarkan pada 2 Dis 1989. 2 sampul surat beserta info butiran teknik butiran teknik (dalam) Logo MAS baru dan lama. Mungkin ada diantara kita yg sudah lupa atau tidak pernah melihatnya.

Sampul Bantuan Persekolahan Pemberian Kerajaan Persekutuan (BN)

Image
Sampul Bantuan Persekolahan Pemberian Kerajaan Persekutuan (BN) Pada 10 Mei 2018, Kerajaan BN telah jatuh dan digantikan dengan Kerajaan PH (Pakatan Harapan), maka boleh dikatakan segala item BN semasa menjadi Kerajaan Pusat kini akan menjadi salah satu bahan koleksi yang 'bernilai' satu masa nanti. 1Malaysia juga tidak akan diteruskan lagi, dan setiap logo 1Malaysia mesti diturunkan. So tunggu apa lagi? Jom kita simpan item ini utk tatapan cucu cicit kita nanti.

Syiling Peringatan : Ulangtahun Angkatan Tentera Malaysia ke-80

Image
Syiling Peringatan : Ulangtahun Angkatan Tentera Malaysia ke-80 Satu jenis koleksi yang amat menarik untuk dikumpul. Didatangkan dalam bentuk yang menarik termasuk dengan info yang jelas. Terdapat 25,000 keluaran. Dari segi 'rarity' hanya normal kerana ramai yg memilikinya, dan harganya pun masih murah, berbanding dengan item2 yang keluaran terhad. Ulangtahun Angkatan Tentera Malaysia ke-80 English Bahasa Melayu Terdapat juga dalam tempaan EMAS (500 keping) dan PERAK (1,000 keping)

Poskad Tahun Melawat Malaysia 2014

Image
Poskad Tahun Melawat Malaysia 2014 Poskad keluaran khas sempena Tahun Melawat Malaysia 2014. Didatangkan dalam satu bungkusan khas terdapat 5 keping berbeza mengikut negeri. (Mungkin terdapat semua negeri). Item dalam koleksi saya kondisinya antara 7/10. Bungkusan luarnya comot sedikit, tetapi poskad di dalamnya masih elok. Visit Malaysia 2014 5 keping poskad mengikut negeri item yang susah didapati sekarang Jika sesiapa ada maklumat tambahan tentang koleksi ini mohon kongsi yer.

GST : Buku Nota

Image
Buku Nota GST. Selepas 1 Jun 2018 GST akan di mansuhkan / diturunkan kepada 0% bermakna satu lagi item yang akan 'hilang' / tidak di publishkan lagi. Maka boleh dah nak start menyimpan koleksi GST ni yang akan menjadi rebutan 50 tahun akan datang Inysallah.

Tiket Muzium Terengganu RM5.00

Image
Tiket Muzium Terengganu RM5.00 Kondisi 9/10 Rarity : RR Tarikh : 11 Nov 2014 Ni tiket masuk tahun 2014, tahun ni tak tahu la bentuk camna. Ada yang bertanya apakah semua perkara saya kumpul? Ya saya kumpul apa saja terutamanya ada no siri, nilai (RM5.00) dan tarikh.

Buncit Bear, 7eleven 2016

Image
Buncit Bear, 7eleven 2016 Kondisi : 9/10 Rarity : R Tahun Keluaran : 10 Mei 2016 - 4 Julai 2016 7 eleven mengadakan satu promosi kumpul stiker dan tukar dengan Buncit Bear pada Mei hingga Julai 2016 dulu. Siapa yang sempat kumpul kesemuanya 10 ekor BB ni? Item yang amat sukar jugak untuk di kumpul kesemuanya.